Sifat cinta itu juga berbeza, bergantung kepada pengalaman seseorang, ada orang yang mampu tersenyum namun dalam hatinya terluka, ada pula yang menangis tapi dalam hatinya merasakan kebahagiaan. Malah ada juga yang menderita ketika bersama pasangannya namun saat berpisah dia menemui kebahagiaan. Namun kamu semua perlu tahu, belum tentu yang mampu membahagiakan kamu saat ini akan mampu membahagiakan kamu buat selamanya, kerana hati manusia ini ibarat air. Berubah mengikut masa serta keperluan. tapi yakinlah saat hati kamu terluka pastinya Allah itu tetap ada untuk membantu kamu.
Saat kamu kehilangan cinta, yakinlah bahawa Allah sedang mempersiapkan yang terbaik buat kamu. Semua orang pasti mengharapkan pengakhiraan yang baik dalam perhubungan mereka, lantas berdoalah agar jodoh kamu dengan si dia kekal buat selamanya.