Kebiasaannya kekasih akan merajuk disebabkan
berlakunya perselisihan faham di antara dia dengan
pasangannya. Perselisihan faham ini menyebabkan si dia tidak berpuas hati
dan dia mengambil keputusan untuk membawa diri (merajuk) dan mendiamkan diri dengan
tidak membalas mesej atau mengangkat call. Jika keadaan ini berlaku akan
membuatkan pasangan kita berasa bingung dan pelik kenapa si dia perlu
merajuk? Masalah yang berlaku bukan suatu isu yang besar dan tidak perlu
merajuk sampai sebegitu rupa. Pasangannya akan terus cuba menghubungi si dia
dengan bertanyakan pelbagai soalan tapi si dia akan semakin mendiamkan diri dan
pergi semakin jauh. Awas!! jangan cepat mengalah, jangan fikir yang bukan -
bukan sehingga membuatkan anda mengambil tindakan yang akn mengeruhkan lagi
keadaan. Jadi, bagaimanakah caranya untuk memujuk si dia?
Berikan si dia ruang untuk
bersendirian
Apabila seseorang lelaki merajuk, dia sebenarnya
memerlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Dia perlukan masa untuk
bersendirian bagi membolehkan dia memikirkan sedalam-dalamnya apakah yang telah
berlaku. Apakah punca berlakunya masalah tersebut? Adakah dia berhak untuk
merajuk? Apakah tindakan yang perlu dia lakukan bagi menyelesaikan masalah itu?
Dan pelbagai lagi persoalan yang dia cuba fikirkan bagi mencari jawapannya.
Sentiasa memberikan
si dia sokongan
Anda sebagai seorang
pasangan yang memahami, berikan si dia sokongan yang diperlukan. Jika dia
mendiamkan diri dengan menonton televisyen dan tidak mengendahkan anda, biarkan
si dia berbuat apa yang dia inginkan. Ikutkan sahaja rancangan televisyen yang
dia sedang tonton dan jangan sesekali mengubah siaran televisyen ke siaran
kegemaran anda. Walaupun dari luaran kita nampak dia sedang menonton
televisyen, tetapi di dalam akal fikirannya si dia sedang memikirkan masalah
yang sedang berlaku.
Jangan bertanyakan
tentang perasaannya
Ketika si dia sedang
merajuk, jangan sesekali bertanyakan apa yang sedang berlaku, kenapa dia
merajuk, apakah perasaannya, dan sebagainya. Elakkan diri anda daripada
bertanyakan apa-apa kepadanya. Ini kerana, kehadiran anda akan mengganggu
konsentrasinya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dan ini akan menyebabkan
si dia akan semakin menjauhkan diri daripada anda kerana anda telah
mengganggunya.
Buat sesuatu yang
dapat mengembirakan hati anda
Ya, adalah lebih
baik anda mengembirakan hati anda sendiri daripada anda memikirkan perasaan si
dia. Pada ketika ini, si dia perlukan ruang untuk bersendirian. Jadi biarkan si
dia bersendirian dan gunakan masa yang ada untuk menghiburkan diri anda.
Mungkin dengan cara ini dapat mengelakkan diri daripada mengganggu si dia yang
sedang cuba pulih daripada merajuk itu.
Roulette, Blackjack, Poker and More - GoldCoast
BalasPadamLearn 스포츠 스코어 the rules of the casino game. of roulette, as with 사설토토 standard casino cards. Roulette also 인천 휴게텔 has a simple 블랙 잭 사이트 blackjack and a 룰렛판사이트 roulette table