Khamis, 21 Februari 2013

Merisik atau Meminang

MERISIK DAN MEMINANG

Pasti ramai yang tidak tahu lagi apa bezanya merisik dan bertunang. Kat sini aku nak share kat anda semua apa beza antara kedua – dua majlis ni.


Merisik :  Merisik merupakan satu langkah pertama untuk pasangan mendirikan rumahtangga. Amalan ini menjadi kebiasan bagi pihak lelaki untuk bertandang dating ke rumah keluarga si perempuan yang bakal dijadikan teman hidupnya. Walaupun begitu tidak salah sekiranya pihak perempuan merisik lelaki yang menjadi pilihannya. Amalan ini biasanya dilakukan sendiri oleh ayah atau ibu pihak lelaki atau menghantar wakil berkunjung ke rumah keluarga perempuan yang menjadi pilihan pihak lelaki.Tujuannya ialah hendak bertanya-tanya perihal anak perempuan keluarga tersebut sama ada sudah dipinang, atau samaada sudah mempunyai pilihan orang atau belum. Jikalau belum maka si pihak lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan sambil  menyatakan hajat pihak lelaki untuk melamarnya. Sekiranya risikan itu mendapat jawapan yang positif,maka pihak lelaki bolehlah membuat keputusan sama ada hendak meneruskan hasratnya atau
membatalkannya.


Perkara yang dibincangkan dalm merisik:

-  pengenalan keluaraga lelaki dan perempuan
-  pengenalan anak lelaki dan perempuan
-  menyatakan hasrat merisik 
-  Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
-  Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki

Meminang:  Jika ia memilih untuk meneruskan hasratnya, maka permulaan bagi langkah yang kedua untuk mendirikan rumahtangga. Meminang dengan maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan pihak yang dirisik sebagai bakal isteri dan hasrat ini sama ada diterima atau ditolak oleh keluarga pihak perempuan,walaupun pada kebiasaannya kemungkinan diterima lebih banyak daripada ditolak. Dalam adat meminang biasanya pihak lelaki akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh dijadikan tanda pertunangan,seperti cincin pertunangan. Dengan kata2 lain cincin itu menjadi tanda bahawa anak perempuan keluaraga tertentu telah pun diikat janji untuk dinikahkan dengan lelaki tersebut pada tempoh yang dipersetujui bersama antara pihak lelaki dan perempuan.

Perkara yang dibicangkan dalam meminang:
1. memjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
2. membaca khutbah meminang
3.  melakukan pinangan pihak lelaki akan menyatakan hasrat manakala pihak perempuan akan  membuat keputusan sama ada menerima atau menolak.                               
4. memberi hadiah atau tanda pertunangan
5. membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan akd nikah dan majlis walimatul urus seperti: 

-  tempoh bertunang                
- batas perhubungan anak lelaki dan perempuan              
- mas kahwin dan hantaran               
-  akad nikah               
-  walimatul urus               
- perkara2 adat istiadat yang tidak bertentangan dengan syarak

Hukum meminang Harus iaitu meminang gadis atau janda yang sudah habis edahnya atau yang telah ditalak tiga edah bain,edah wafat atau wathi syubhah
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:235

Erti: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam edah)
Haram iaitu meminang janda yang dalam edah raj’iyah,dan haram juga meminang perempuan yang masih dalam pinangan orang lain kecuali telah nyata pinangan itu ditolak atau telah diputuskan.

Riwayat Ahmad dan Muslim:
Orang mukmin saudara orang mukmin maka tiada halal bagi seorang mukmin meminang seorang yang sudah dipinang oleh saudaranya sehingga nyata permintaannya itu tidak diterima.






7 ulasan:

  1. info yg berguna utk anak2 zaman sekarang yg masih takfaham maksud merisik & meminang

    BalasPadam
  2. Thanks infonya
    Sangat berguna dan berbaloi

    BalasPadam
  3. tapi mak saya tak faham, dia kata merisik tu sama ngan meminang. so saya googlle sbb nk buktikan saya betul. umur saya 26 btw

    BalasPadam