Isnin, 4 Mac 2013

Insiden di Lahad Datu

Kali ni aku nak bercerita mengenai isu yang sedang hangat menjadi bualan rakyat MALAYSIA iaitu isu pencerobohan di LAHAD DATU, SEMPORNA dan dikatakan telah merebak ke beberapa buah lagi daerah sekitar negeri Sabah.


Peristiwa hitam ini telah mengorbankan beberapa wira negara dan pastinya bakal menjadi antara sejarah pahit negara. Pencerobahan yang telah dilakukan oleh militant yang mengaku diri mereka sebagai waris Kesultanan Sulu ini sememangnya harus mendapat balasan yang setimpal. Laporan menyatakan kebanyakkan anggota kita yang terkorban telah di serang hendap sebelum mati di tempat kejadian.

Peristiwa yang pasti tidak dapat dilupakan oleh generasi hari ini, terutamanya mereka yang mempunyai kaitan secara langsung terhadap peristiwa bersejarah ini. Apa tidaknya, pencerobohan ini boleh mengancam keselamatan Negara terutama orang awam jika keadaan ini tidak dibendung secara serius

Ada juga sesetengah pendapat menyebut bahawa kumpulan bersenjata berkenaan telah membuat perancangan teliti sekian lama sebelum memasuki Lahad Datu, Sabah. Malah, dikatakan juga sebahagian daripada penceroboh telah memasuki Lahad Datu secara berperingkat menyebabkan kehadiran mereka tidak dapat dikesan.
Walau apapun pandangan, yang pasti, kehadiran mereka mula dikesan pada 9 Februari. Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.
9 Februari – Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Februari – Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Februari – Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.

Ketua Polis Negara juga memaklumkan yang kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
14 Februari – Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.




16 Februari – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari – Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari – Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Februari – Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari – Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac – Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Anggota yang terkorban ialah dari skuad Komando 69, iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dari Besut, Terengganu dan Sarjan Sabaruddin Daud dari Sabak Bernam, Selangor. Tiga anggota yang cedera ialah Koperal Azman Ampong, Koperal Mohd Tarmizi Hashim dirawat di Hospital Lahad Datu, manakala Konstabel Mohammad Qaiyum’aiqal Zolkifli yang cedera di bahu kanan dan kedua-dua kaki dihantar ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

2 Mac – Lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah. Turut terkoban ialah dua ahli kumpulan bersenjata berkenaan. Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat lalu. Perkara ini disahkan oleh Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar pada hari berikutnya.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa mendapat maklumat bahawa sekurang-kurangnya 10 orang penceroboh telah menyusup masuk ke Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama, Kunak. Tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
3 Mac – Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut ialah enam orang.
Stesen radio Filipina pada Ahad melaporkan bahawa kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna telah menawan empat orang rakyat Malaysia. Ketua polis negara tidak menafikan berkemungkinan lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu. Walau bagaimanapun, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Di samping itu, Ketua polis negara turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini. Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

4 Mac – Terdapat laporan menyebut bahawa salah seorang anggota polis dipenggal kepala semasa pertempuran dengan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna pada hari Sabtu. Walau bagaimanapun pihak polis memaklumkan bahawa gambar lelaki dipenggal kepala yang tersiar dalam laman web itu merupakan gambar lama yang dipercayai berlaku di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.
Pihak PDRM mengeluarkan kenyataan rasmi senarai anggota yang terkorban dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Anggota yang dimaksudkan ialah; Supt Ibrahim bin Lebar, L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, ASP Micheal Padel, Sjn/D Baharin bin Hamit,  Sjn Abd Aziz bin Sarikun dan Kpl/S Salam bin Togiran (Al-Fatihah dan takziah kepada keluarga terlibat).

4 Mac – Puluhan kenderaan tentera dilihat memasuki kawasan berhampiran Kampung Tanduo lewat petang ini. Kenderaan tentera yang bertali arus itu, termasuk kereta perisai dan trak membawa anggota tentera, dilihat memasuki kawasan jalan ladang kelapa sawit pada kira-kira jam 6.30 petang ini.
5 Mac – Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini. Laporan menyebut wartawan BERNAMA turut mendengar beberapa siri letupan di sekitar Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Mendengar serta melihat jasad – jasad anggota yang terkorban membuatkan aku jadi sebak. Meninggalkan isteri serta anak yang masih kecil membuatkan air mata aku bergenang seketika. Bagaimana jikanya jika kita berada ditempat mereka. Kehilangan anggota keluarga serta suami tersayang demi mempertahankan tanah air tercinta.


Sumber dipetik dari http://kulanzsalleh.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan