Isnin, 4 Mac 2013

7 batalion di kerah

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin  telah mengesahkan tujuh batalion tentera dari Semenanjung dihantar ke Sabah setakat ini.

Lima batalion ditempatkan di Lahat Datu, manakala masing-masing satu batalion di Sandakan dan Tawau.  Beliau mengadakan sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkembangan terkini berhubung insiden pencerobohan di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini. 


Harapan semoga dengan kehadiran lebih banyak wira Negara yang dihantar berjaya mengusir makluk perosak di negeri Sabah!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan