Jumaat, 8 Mac 2013

ALYAH – Tak Mungkin Kerana Sayang




ALYAH – Tak Mungkin Kerana Sayang 
Setiba di persimpangan,
langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini  tiada yang abadi
Yang patah tumbuh Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Begitu hidup ini tiada yang abadi
Yang patah tumbuh yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Tak mungkin kerana sayang
Hanya kadang kala aku terkenang

Diam itu lebih baik


Lebih baik diam dari kata-kata boleh menyakitkan hati orang lain..

Lebih baik diam dari kata-kata boleh membuat orang lain sedih

Lebih baik diam dari teguran boleh membuat orang jauhkan diri

Lebih baik diam kalau orang tak suka teguran kita..

Tapi....



Pernah dengar..."Berkata benarlah walaupun Pahit"

Isnin, 4 Mac 2013

Moga "SYAHID" milik mereka


7 batalion di kerah

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin  telah mengesahkan tujuh batalion tentera dari Semenanjung dihantar ke Sabah setakat ini.

Lima batalion ditempatkan di Lahat Datu, manakala masing-masing satu batalion di Sandakan dan Tawau.  Beliau mengadakan sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkembangan terkini berhubung insiden pencerobohan di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini. 


Harapan semoga dengan kehadiran lebih banyak wira Negara yang dihantar berjaya mengusir makluk perosak di negeri Sabah!!





Air mata wira negara





Kamu semua tenunglah riak wajah anggota VAT69 ini yang tidak mampu menahan air mata atas apa yang terjadi ke atas sahabat nya yg telah pergi.

Mengalir air mataku tengok. Besar sungguh pengorbanan mereka ya Allah.

#Ya Allah ya tuhanku, jauhi lah mereka dari malapetaka, permudahkanlah segala urusan mereka ya Allah. Doa kami rakyat malaysia mengiringi kamu semua wahai pejuang negara...

Takbir...!!


sumber : PanduanIslam.com's

Serangan di Lahad Datu 5 Mac 2013


Kronologi serangan di Lahad Datu 5 Mac 2013

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

8.19am: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

11.30am: Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kg dan melakukan proses penggeledahan